Syifa' dah 4 tahun!

Umi terlupa nak poskan entry birthday Syifa' ni, gara-gara tak jumpa gambar 'kek hitam' ni.  Syifa' memang pesan nak umi buatkan kek coklat yang lebih popular dipanggil 'kek hitam' oleh anak-anak di rumah ni.  Bunyi macam tak sedap je kalau sebut kek hitam, padahal rasa kek ini sangat sedap sehingga menjilat sudu (kata Faisal)!

Sebenarnya Syifa' berkongsi sambut hari ulangtahun dengan abang Azzam kerana tarikh mereka selang sehari iaitu Azzam lahir pada 17 Feb manakala Syifa' pula 18 Feb.  Jadi mudah kerja umi kan?

Umi guna resepi kek kegemaran iaitu kek coklat kukus yang selalu umi buat ni, resepinya di sini.


Comments

Unknown said…
comel lah syifa'!
mak su eni said…
syifa' da masuk sekolah!^^