Sayur bersarak

Menu untuk lunch hari ini ringkas sahaja.  Umi sudah siapkan bahan-bahannya, kali ni nak minta Azzam pula tolong gorengkan sayur ini.  Anak-anak masuk usia 9 tahun, umi biasakan mereka pegang senduk dan sudip tak kira lelaki atau perempuan semua mesti belajar memasak.  Jom tengok resepi mudah ini..

Sayur bersarak
Bahan-bahan:
Sedikit isi udang
1 ulas bawang putih - diketuk
kacang sepat -buang urat bahagian tepinya
lobak merah - boleh buat bentuk bunga atau hiris memanjang anggaran 1 inci
2 sb sos tiram
1 biji telur -ambil putih telur sahaja
garam secukup rasa
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1.  Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bawang putih biar wangi.
2.  Masukkan isi udang dan lobak merah.  Masukkan sedikit air.  Kacau rata.
3.  Masukkan pula kacang sepat dan  sos tiram.
4.  Masukkan putih telur, kacau cepat-cepat supaya putih telur tidak bergumpal.  Tambah garam.
5.  Kacau sebentar, tutup api.  Hidangkan.
Boleh pun Azzam masak sayur, umi yakin Azzam boleh buat.  InsyaAllah lepas ni boleh cuba buat menu lain pula, kena praktis selalu (macam kerahan tenaga je ni...)hehe..

Comments

AZLINA said…
Assalamualaikum Umi..anak lelaki pon kena ajar msk sbb nnt bila bini dlm pantang reti la juga depa kat dapur tu kan! RTH tutup hari Ahad, tp rumah akak hari2 terbuka..bila2 nk dtg lg bgtau yea!!