Thursday, February 17, 2011

  Saya Mahu Sesuatu dari Blog Dapuraulad

Kecanggihan teknologi hari ini memungkinkan perkongsian sumber berlaku dengan mudah tanpa terbatas kepada masa dan had geografi.  Saban hari kita menyaksikan bertambahnya blog-blog pelbagai genre; masakan, travelog, hiburan, ilmiah dan sebagainya.  Tidak mahu ketinggalan, umi turut sama memeriahkan dunia blogging dengan menampilkan dapuraulad ini yang berkonsepkan pendidikan anak-anak.  Blog dapuraulad ini sebenarnya diinspirasikan dari anak-anak umi sendiri, sebagai platform berkongsi pengalaman serta resepi-resepi mudah yang boleh dicuba bersama anak-anak.  Melalui blog ini umi mengharapkan anda para pembaca beroleh manfaat yang boleh dipraktikkan samada di dapur atau ketika santai bersama anak-anak.

Umi percaya bahawa banyak pendekatan santai yang boleh dicuba bagi 'menjinakkan' anak-anak supaya mereka lebih terikat dengan kita sebagai ibu bapa.  Contohnya anak lelaki mungkin lebih menggemari sukan seperti futsal, nasyid dan anak perempuan mungkin meminati kelas masakan.  Oleh itu umi cuba gabungkan semua ini di dalam dapuraulad yang telah beberapa kali mengadakan kelas masakan, latihan nasyid dan sebagainya sebagai tarikan untuk mengikat anak-anak umi serta kawan-kawan anak umi supaya masa mereka dapat dimanfaatkan sebaiknya.  Kata orang tua-tua 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Kenapa dapuraulad?
Perkataan 'aulad' dari perkataan Arab bermaksud anak-anak.  Setiap anak umi suka ke dapur, baik yang lelaki mahupun perempuan.  Jadi dapur di rumah ini dijadikan tempat untuk mereka bereksperimen mencuba pelbagai resepi bersama umi.

Jadi mudahnya, umi mahukan sesuatu dari dapuraulad ini yang dapat menceriakan setiap orang yang sudi singgah di sini, sesuatu yang dapat mereka kongsikan kembali bersama keluarga dan anak-anak tersayang.

Ehemm..nak berpantun sikit..

Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat  (siapa pulak yang aniaya kerbau ni..)
Sudah lama umi mencari
iPad jua umi terpikat!

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




10 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com