Saya Mahu Sesuatu dari Blog Dapuraulad

Kecanggihan teknologi hari ini memungkinkan perkongsian sumber berlaku dengan mudah tanpa terbatas kepada masa dan had geografi.  Saban hari kita menyaksikan bertambahnya blog-blog pelbagai genre; masakan, travelog, hiburan, ilmiah dan sebagainya.  Tidak mahu ketinggalan, umi turut sama memeriahkan dunia blogging dengan menampilkan dapuraulad ini yang berkonsepkan pendidikan anak-anak.  Blog dapuraulad ini sebenarnya diinspirasikan dari anak-anak umi sendiri, sebagai platform berkongsi pengalaman serta resepi-resepi mudah yang boleh dicuba bersama anak-anak.  Melalui blog ini umi mengharapkan anda para pembaca beroleh manfaat yang boleh dipraktikkan samada di dapur atau ketika santai bersama anak-anak.

Umi percaya bahawa banyak pendekatan santai yang boleh dicuba bagi 'menjinakkan' anak-anak supaya mereka lebih terikat dengan kita sebagai ibu bapa.  Contohnya anak lelaki mungkin lebih menggemari sukan seperti futsal, nasyid dan anak perempuan mungkin meminati kelas masakan.  Oleh itu umi cuba gabungkan semua ini di dalam dapuraulad yang telah beberapa kali mengadakan kelas masakan, latihan nasyid dan sebagainya sebagai tarikan untuk mengikat anak-anak umi serta kawan-kawan anak umi supaya masa mereka dapat dimanfaatkan sebaiknya.  Kata orang tua-tua 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Kenapa dapuraulad?
Perkataan 'aulad' dari perkataan Arab bermaksud anak-anak.  Setiap anak umi suka ke dapur, baik yang lelaki mahupun perempuan.  Jadi dapur di rumah ini dijadikan tempat untuk mereka bereksperimen mencuba pelbagai resepi bersama umi.

Jadi mudahnya, umi mahukan sesuatu dari dapuraulad ini yang dapat menceriakan setiap orang yang sudi singgah di sini, sesuatu yang dapat mereka kongsikan kembali bersama keluarga dan anak-anak tersayang.

Ehemm..nak berpantun sikit..

Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat  (siapa pulak yang aniaya kerbau ni..)
Sudah lama umi mencari
iPad jua umi terpikat!

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Comments

Zackey said…
Ok...apepun...saya zaki...membekal kerepek di Johor Bahru dan Muar, johor...
Ummimusa said…
Amboi nampak nya kak nor pun dah kena demam ipad? Demam mysuperkids? Ish ish ish....
Nor said…
haha..apa lagi? takkan musa je nak iPad kan? kakak Syakirah dan Imran pun nak juga..!
IbnMustakim said…
Assalamualaikum

Terima kasih atas perkongsian umi dalam usaha menjaga amanah Allah.

memang diakui bahawa tanpa kreativiti di dalam menjaga anak-anak pastinya akan menghasilkan suasana yang jumud dan bosan. akhirnya anak-anak akan mula mencari hiburan baru diluar.

namun, apa nasihat umi terhadap anak-anak yang tidak suka untuk ke dapur?

Apa pun, moga urusan yang kita lakukan diredhai oleh Allah.
nur said…
memang pendekatan yang baik untuk anak-anak.. kena pandai tackle anak2 terutama remaja kan?.. pandai berpantun.. izin copy secebis entry ini ye..

salam kenal
dan follow terus.ALL IN ONE
Nor said…
Ibn Mustakim : anak-anak semuanya suka ke dapur; samada untuk makan atau bermain. jadi senang shj nak train mereka supaya rajin membantu di dapur iaitu menggunakan pendekatan bermain; main masak-masak, main cuci-cuci, main kemas-kemas dll.

nur: setuju dgn nur. umi mmg suka pantun-mantun ni hehe..silakan, yg mana baik elok kita kongsi.
hanum said…
boleh ummi huraikan suasana kt dapur yg macamana boleh menarik anak ke dapur?
Nor said…
hanum: suasana yang santai, pendekatan bermain mampu menarik minat anak-anak. cthnya ajak anak main masak2, main kemas2. yg penting jangan mereka rasa seolah-olah mereka ni KENA buat kerja, sebaliknya biar mereka enjoy untuk turut serta. secara tak langsung mereka akan suka ikut kita ke dapur.
juanita said…
Salam,

Semoga berjaya
puanbee said…
selamat berjaya .. kita dr kumpulan yg sama ..

dah semak nama ke belum ?

http://mysuperkids.net/ipad-mysuperkids-cabaran-bermula-semak-nama-anda/