HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'

Assalamualaikum semua.  Seronok sangat nak join giveaway khusus untuk ibu-ibu yang melahirkan anak tahun 2010 yang dianjurkan oleh rakan blogger sue yang tinggal jauh di Sarawak sana (umi belum berpeluang ke sana lagi). Jika ada rakan pembaca yang ingin ikut serta, silalah ke blog sue ye.

HaSue: I Love My Life 

 

Ok, sebagai memenuhi syarat giveaway ini, umi akan coretkan sedikit kisah Imran di sini. 
Imran Syakir lahir pada 6 Dis 2010.  Mulanya umi jangkakan dia nak lahir sama tarikh dengan abang Ammar iaitu 5 Dis, rupanya dia nak sambut harilahir penghujung tahun Hijrah 1431.  Sekarang ini Imran dah berusia hampir 2 bulan.  Umi hantar dia ke taska sama dengan kakak Syakirah.  Sebagai anak bongsu (setakat ini harapnya), Imran ditatang 'bagai menatang minyak penuh' oleh abang-abang dan kakak-kakaknya (ramainya abg dan kakak saya ye!).

Tujuan umi masuk giveaway ini sekadar suka-suka memeriahkan dunia blogging dan memanjangkan silaturrahim dengan rakan blogger yang lain.  Jom la ikut serta.  Kata sue :Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Februari 2011 jam 11.59pm.

 

Comments

HaSue said…
assalammualaikum umi..comelnya Imran..dia muda seminggu dr anak sue laa ek..hihi..

umi,jgn lupa letak link entri umi ni kat bahagian komen entri contest tu kat blog sue yer..sila rujuk kawan2 yang dah tinggalkan link kat situ.. :)
senang nak refer bila nak senaraikan peserta contest nanti..baru sah penyertaannya..hehe..
mekasih byk2 sudi join.. :)
Nor said…
waalaikumussalam sue,ingatkan hari tu umi bersalin dulu rupanya baby sue dah tak sabar2 nak keluar ye.
HaSue said…
tq umi..dah tengok link kat situ.hehe..
A'ah,baby kuar 3 minggu awal dr due..memang x sbr dia melihat dunia..mata dier cepet mcm imran kat gmbr atas tu gak..hihi..
Lulu Caldina said…
semoga terpilih memenangi loyang tu..ngee