Aiskrim perisa mocha

Atas permintaan, umi tayangkan di sini aiskrim homemade tempohari.  Untuk perisa mocha ini umi cuma tambahkan 1/2 cawan susu segar perisa coklat dan perisa mocha.  Tambahan ini dimasukkan ketika membancuh aiskrim buat kali kedua iaitu setelah aiskrim dibiarkan dalam peti beku selama 5 jam.


Umi juga masukkan lapisan coklat yang dicairkan (secara double boiler) ke dalam aiskrim ini.  Jadi bila aiskrim ini beku sepenuhnya setelah dibiarkan semalam dalam peti beku, kita akan dapat menikmati aiskrim mocha dengan cebisan coklat yang enak.  Jemputlah rasa!

Comments

N N said…
mmg nampak mcm ais kerim beli kat kedai :)
umi said…
hehe..try la N N, aiskrim ni mmg sebiji serupa kedai, tak cepat cair. sesuai kalu nak buat banana split.
N N said…
insyallah
ada kesempatan nak cuba
yeay