Thursday, January 21, 2010

  Pizza..pizza...

Anak-anak memang suka makan pizza, terutama yang dibuat sendiri.  Oleh itu umi akan siapkan doh pizza dan minta mereka sendiri yang sediakan isian (filling).

Bahan Doh:
  • 500g tepung roti
  • 6 sb gula kastor
  • 3 sb mentega
  • 2 sb susu tepung
  • 3 st yis kering
  • 1 telur
  • ½ st garam
Sos pizza:
  • 6 sb sos cili
  • 3 sb sos
  • 2 sb sos tiram
Bahan isian atas:
  • Sosej dihiris bulat
  • Cendawan butang
  • Cili benggala (merah, hijau, kuning)
  • Cheddar Cheese
  • Mozarella cheese

Cara membuatnya:
  1. Uli semua bahan sehingga tidak melekat di tangan
  2. Perapkan doh sehingga mengembang 2x ganda
  3. Tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin dan uli sebentar
  4. Bentukkan doh menggunakan rolling pin
  5. Sapukan permukaan doh dengan sos pizza
  6. Taburkan cheddar cheese menutupi permukaan doh
  7. Susun bahan-bahan isian ( sosej, sayur dan lain-lain)
  8. Parutkan mozarella cheese di atas pizza
  9. Taburkan sedikit serbuk oregano
  10. Biarkan sebentar sehingga doh naik untuk kali kedua
  11. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 170 C selama 20-25 minit






belum dibakar...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




3 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com