Friday, September 4, 2009

  Tauhu sumbat


Umi selalu dapatkan bekalan tauhu buatan Muslim dari Hj Manan (Kelana Jaya). Jarang beli di pasar sebab yang dijual di pasar kebiasaannya tak pasti keluaran mana. Jadi bila beli banyak ni (tak banyak mana pun cuma 15 ketul je..) Sebahagian dah digunakan untuk masak mee kari tempohari, ada baki 5 ketul ni umi pun dah takde idea nak masak apa. Hmmm.. apakata kita buat tauhu sumbat! Tapi sos untuk cicahnya mesti 'special' kena buat sendiri.

Bahan-bahan:
5 ketul tauhu
Timun (dihiris memanjang anggaran 11/2 inci
Tauge secukupnya
6 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
2 sb cuka makan
1 c sos cili
gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Goreng tauhu dengan api sederhana.
2. Toskan dan biarkan seketika.
3. Belah tauhu menjadi 2 bahagian segitiga (potong pada penjuru) dan masukkan timun serta tauge.

Sos
1. Potong cili dan bawang putih. Masukkan ke dalam pengisar dan dikisar hancur( masukkan sedikit air ye).
2. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk kecil dan renih atas api yang kecil.
3. Masukkan cuka makan, gula dan garam serta sos cili. Kacau rata sehingga sos agak pekat.
4. Tutup api, sos sedia untuk dinikmati bersama tauhu.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com