Wednesday, September 2, 2009

  Juadah minum petang


Waktu petang yang berangin dan hujan gerimis macam ni memang sesuai kalau kita duduk minum teh sambil makan pau goreng kan? Pau goreng ni memang banyak dijual digerai-gerai tepi jalan, tapi umi tak berapa gemar membelinya (sebab kadang-kadang minyak yang diguna untuk menggoreng tu macam dah season sikit). Lagipun senang sahaja membuatnya, kakak Syaima' pun dah boleh buat sendiri (dengan bantuan umi jugak la..). Resepi pau goreng ini umi dah pernah pos kat MyR.

Bahan-bahan:
  • 500g tepung gandum
  • 260 ml air
  • 6 sb gula halus
  • 3 sb marjerin
  • 2 sb susu tepung
  • 1 1/2 sb yis kering
  • 1 telur
  • 1 st baking powder
  • sedikit garam
  • utk Inti : Inti kacang merah secukupnya (beli ready-made ada jual kat kedai kek)
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Guna BM : masukkan semua bahan (kecuali inti) dan pilih menu utk uli, tunggu hingga siap. Guna tangan : masukkan semua bahan (kecuali inti) dlm mangkuk adunan, uli selama 30 minit atau hingga adunan tak melekat kat tangan.
  2. Bahagikan doh kepada bebola kecil (anggaran 20 - 25 biji).
  3. Ambil satu bebola kecil tadi, leperkan dan letak inti secukupnya. Tutup balik doh tadi supaya jadi bentuk bebola dan leperkan menjadi setebal anggaran 1cm.
  4. Ulang langkah 3 hingga habis semua bebola tadi. Rehatkan pau ini selama 30 minit hingga menjadi 2x ganda saiz asal.
  5. Bila agak-agak dah cukup mengembang, bolehlah digoreng.
  6. Untuk mendapatkan pau yang tak berkedut kulitnya, goreng dengan api sederhana.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




4 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com