Di Mekah kami sempat selesaikan umrah dan ulangi tawaf sunat sebelum bersiap utk berangkat ke Arafah.
Persiapan ke Arafah bermula seawal sebelum waktu zohor. Jemaah akan bertolak dengan bas mengikut kumpulan yang telah dijadualkan. Berdebar-debar juga memikirkan kami akan melangkah ke tempat perkumpulan seluruh jemaah haji musim ini di suatu lokasi padang seperti tapak perkhemahan. Pelan khemah jemaah seperti dalam gambar. Ini hanya pelan lokasi bagi jemaah haji Malaysia. Dimaklumkan bahawa lokasi khemah jemaah Malaysia merupakan kawasan terhujung sekali.
Kami berangkat ke Arafah selepas solat Asar dan tiba di sana selepas pukul 8 malam. Perjalan menjadi lewat disebabkan masalah trafik yang sememangnya telah dijangkakan.
Malam pertama di Arafah kami tidur lena akibat keletihan. Subuh esoknya kami ada pengisian tazkirah selesai solat subuh. Suasana hening dengan bunyi zikir yang dialunkan di khemah masing-masing. Kami dinasihatkan utk berehat dan bersedia dari segi jasmani dan mental utk menghadapi suasana wukuf yang akan bermula zohor nanti.
Wukuf. Sehingga menjelang maghrib baru kami bersurai dan bersedia untuk makan malam sebelum berangkat ke Muzdalifah menaiki bas.
Di Muzdalifah kami singgah solat jamak taakhir magrib dan isyak dan berehat sehingga menjelang subuh. Sempat juga para jemaah mengutip batu kecil yang bakal digunakan untuk melontar nanti. Sekitar jam 3pagi kami mula bergerak menaiki bas semula untuk berangkat ke Mina.
sebelum berangkat ke Arafah |
khemah di Arafah |
di Muzdalifah |
Comments