Tarikh 5 sept 2016 tak mungkin dilupakan. Kami mendapat panggilan di saat-saat akhir bagi menunaikan fardhu haji. Bagi saya ia pengalaman pertama walaupun ditemani suami yang sudah melaksanakan haji lebih 8 kali, gementar dan risau juga sebab tak sempat ikut kursus haji secara formal.
Kami berangkat dengan penerbangan terakhir iaitu KT48B pukul 11.45malam dari KLIA menuju ke Jeddah. Penerbangan selama 8 jam berjalan lancar. Bermula dengan pelepasan di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pukul 5.30 ptg bergerak ke KLIA menaiki bas sehingga selamat tiba ke Jeddah dalam pukul 1.30pagi waktu Saudi.
![]() |
Comments