Kepingan kacang bercoklat

Antara snek sihat yang mudah disediakan. Resepi ada berbagai variasi; ada letak oat, ada kekacang, ada coklat dan pelbagai lagi.
Resepi ini saya olah sendiri menggunakan bahan sedia ada di dapur. Saja mencuba nak tengok macamana hasilnya.

Kekacang ini saya rendam air untuk tanggalkan kulitnya. Ada kacang badam, peanut, hazel, pistachio dan gajus. Kemudian saya panggang dalam oven selama 15 minit supaya kekacang menjadi rangup. Kemudian kekacang ditumbuk kasar.
Sukatan? Anggaran 2 cawan kekacang, 1 1/2 cawan oat segera, 1cawan mentega dicairkan. Sebatikan semua bahan tadi dalam mangkuk besae. Kemudian saya panaskan 200g dark compound chocolate menggunakan double-boiler.  Seterusnya sebatikan coklat ke dalam adunan tadi.
Seterusnya tuangkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan semalam supaya kepingan ini mengeras dan senang dipotong.

Comments