Donut pelbagai bentuk

Aktiviti anak-anak waktu cuti sekolah. Selain daripada bermain, aktiviti begini juga dapat merangsang kreativiti anak-anak. Bosan juga tak boleh nak keluar musim cuti begini disebabkan hujan sepanjang hari.  Dah penat bergelak ketawa dan main bola, saya ajak mereka buat stok frozen food. Hehee...senang kerja umi kan?

Resepi donat ini ada banyak pilihan. Yang selalu saya guna untuk aktiviti adhoc dan segera begini mestilah yang ringkas dan cepat diadun. Tak perlu panaskan susu atau kembangkan yis. Gaul sebati semua bahan dalam mangkuk. Bahan macam biasa la...

500g tepung gandum. Tak perlu tepung roti.
1 c susu. Sejuk pun tak de hal.
1 peket yis segera. Dulu saya guna 1/2 peket pun ok je. Cuma lambat sikit kembang doh.
3sb marjerin
2 biji telur saiz B
6sb gula kastor. Ehh...gula pasir pun bolehlah. 3sb cukup.
1 cubit garam.
2sb susu pekat.

Sebatikan semua bahan. Biar sebati dulu kemudian masukkan dalam plastik.
Tumbuk atau uli plastik berisi doh tadi selama 15-20 minit. Anak-anak boleh bergilir-gilir buat ni.

Ambil sedikit doh. Canaikan ikut bentuk yang dikehendaki. Masing-masing dengan pilihan bentuk yang disukai, ada spongebob, patrick, cincin, pretzel, twist dan sebagainya.  Hanya umi sahaja yang guna acuan donat. Sebab umi nak simpan stok untuk frozen donut.

Dah siap canai? Biar kejap dalam 15 minit sebelum digoreng.  Api sederhana sahaja supaya donat sekata dan tak bergerutu.

Ada naga, ayam, bangau, ikan. Entah macam-macam bentuk. 

Comments