Daun mulberry goreng tempura

Sudah acap kali baca di fb kumpulan Kebun Bandar goreng daun mulberry. Saya duk terfikir-fikir bila agaknya nak cuba resepi ini.

Kebetulan hari ini saya trim pokok mulberry saya. Jadi ada banyak daun yang perlu dibuang. Apakata kita cuba resepi daun mulberry goreng tempura. Tepung tempura dah sedia ada. Bancuh dengan air, biar adunan agak pekat seperti nak goreng pisang. Celupkan sehelai daun mulberry ke dalam adunan tempura kemudian goreng dalam kuali berisi minyak panas.

Tak sangka sedap juga rupanya rasa daun mulberry celup tempura ni...kami makan cicah dengan sos cili. Rasa macam makan ikan celup tepung pula! Hahaa...itu sudah lebih!!

Lain kali daun mulberry jangan dibuang begitu sahaja. Selain digoreng, boleh juga buat teh daun mulberry.  Lain kali kita cuba buat teh pula ye.

Comments