Brownies kedut gerenti paling sedap

Tak jemu-jemu saya mencuba resepi brownies.  Asal terjumpa resepi brownies yang nampak lain dari kebiasaanya yang pernah dicuba, saya tak lepas peluang nak mencubanya.  Saja bereksperimen mencari resepi yang sedap di tekak dan cantik di mata (cantik ke?), kedutannya yang cantik tu...

Ok, kali ni nak cuba resepi kak Ita pula.  Kata kak Ita untuk menghasilkan brownies dengan kedutan yang cantik, perlu guna coklat yang berkualiti dan banyak.  Kali ini saya menggunakan compound chocolate jenama Beryl's.  Kita lihat hasilnya nanti ye.

Resepi saya salin dari dapur kak Ita.  Memang terbaiklah cara kak Ita present resepi, siap dengan celoteh penerangan yang lengkap dan gambar yang menarik.  terima kasih kak Ita sudi berkongi resepi.
Oleh kerana dek 'kerajina' melampau, saya salin semula resepi kak Ita di sini.


CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake

400 gm coklat masakan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko 


Cara membuatnya:


1. Panaskan oven 160'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko. 
3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler sehingga coklat mencair sepenuhnya. Ketepikan 
4. Sebatikan gula, telur dan esen vanila menggunakan hand whisk. Tuangkan adunan ini ke adunan coklat tadi.
5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga adunan sebati.  Jangan terlebih adun ye.  
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan.  Saya menggunakan loyang bersaiz 10x10x2 inci.
7. Bakar selama 30 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar sebelum dipotong.

Comments