Roti cheese salut telur

Sarapan pagi ala Prrancis yang sangat digemari anak-anak. Menyediakannya pun ringkas sahaja. Sedap dan menyelerakan.  Cuma perlu dimakan segera panas-panas baru dapat menikmati rasa keju yang melekit tu...

Bahannya:
2 keping roti putih
Parutan cheese - saya guna cheddar
1 biji telur - camlurkan sedikit susu segar dan dikocok rata
Sedikit mentega

Cara membuatnya:
1. Panaskan kuali tak melekat dengan sedikit mentega.
2. Taburkan parutan cheese di atas sekeping roti.
3. Tangkupkan dengan sekeping lagi roti. Tekan supaya ia melekat.
4. Celupkan roti tadi ke dalam adunan telur. Pastikan isi keju tak terkeluar pula ye.
5. Panggang roti berkeju ini di atas kuali biar garing. Jangan hangit pula tau!
6. Hidangkan panas-panas.

Nampak tak lelehan keju tu? Nyummm...

Comments