Friday, October 23, 2015

  Brownies kedut paling sedap

Sesuai untuk kudapan di waktu petang, nak buatnya pun tak renyah. Kejap aje dah siap. Yang penting resepi brownies ni mesti guna chocolate yang berkualiti fan sukatan yang banyak untuk mendapat rupa kedutan yang cantik dan menyelerakan.

Ok, kali ini saya nak mencuba resepi fudge brownies yang saya dapat dari dapur Watie.  Resepi asal dari Martha Stewart yang dialih bahasa dan disesuaikan dengan citarasa Malaysia.

Saya salinkan semula di sini. terima kasih Watie!

Super Fudgy Brownies
Resipi : Martha Stewart
Di Olah : Che CT  (tkasih ya)


Bahan-bahan :
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar)
130 gm all purpose flour - (1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam 
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil 
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips

Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips (sy letak biji kuaci) // saya tak letak sebarang hiasan


Cara-cara :
1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.
3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.
4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi.Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.
7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong. Hias ikut suka... 

adunan sebelum dibakar
nampak kilatannya?
sedang dibakar
Memang sedap dan puashati resepi ini.  Lain kali boleh buat lagi dan lagi dan lagi!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com