Gembiranya rasa hati melihat pokok bendi sudah mengeluarkan hasil. Alhamdulillah bendi saya ini spesis panjang, 3 biji sahaja sudah memadai untuk masak asam pedas hari ini.
Ada jiran tanya; baja apa yang saya gunakan untuk tanaman saya ni. Sebenarnya saya tak gunakan sebarang baja komersial hanya siram pokok tanaman dengan air basuhan beras. Sesekali saya siram dengan air basuhan ikan bersekali dengan sisa perut ikan. Kadang kala saya kambuskan ke tanah kebun ni buangan organik dari dapur saya seperti kulit telur, kulit pisang dan kulit bawang.
Menurut kawan-kawan yang suka bercucuk tanam, sisa organik dapur memang sangat bagus dibuat baja tumbuhan. Ia bukan sahaja semulajadi malah murah pula tu.
Comments