Sunday, October 18, 2015

  Aktiviti memanah bersama keluarga

Musim jerebu begini tak digalakkan bersukan atau beraktiviti di luar rumah.  namun ada juga aktiviti sukan yang sesuai dilakukan di dalam rumah.  Contohnya aktiviti memanah.

Aktiviti ini boleh dilakukan bersama keluarga. Seronok juga belajar memanah ni.  Ini dinamakan memanah tradisional (traditional achery)iaitu tanpa menggunakan tools atau peralatan bantuan sepertimana lazim digunakan dalam sukan memanah.  Teknik memanah tradisional ini memerlukan ketangkasan dan kekuatan fizikal, ketajaman fokus.  Berbeza kalau kita guna bantuan peralatan seperti sukan memanah tu ...ada gajet bantuan, jarum/radar fokus dan seumpamanya.  

Saya kurang arif tentang ilmu dalam sukan memanah ini, sekadar berkongsi maklumat yang didengar dari anak-anak yang mengikuti sukan memanah.

Imran pun nak cuba
hakim dah cekap sebab dia masuk sukan memanah.
Ammar dan Faisal baru nak mencuba
jangan ganggu Azzam nak fokus ni...
satu keluarga beraktiviti

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com