Sempena ulangtahun kelahiran Syaima' yang ke 17 hari ini 21 September, saya merancang nak buat kek ini. Resepi asal bertajuk Durian Dream Cake, saya gantikan durian dengan mangga. Resepi ini diolah daripada buku resepi kek favourite saya iaitu Delicious Cakes oleh Amy Heng.
Ok jom kita semak resepi.
Mula-mula kita siapkan sponge cake. Belah supaya jadi 3 lapis. Saya masak dalam 2 loyang bulat sebab adunan ini banyak dan tak muat utk 1 loyang bulat 9".
Sementara tunggu kek masak, kita sediakan fillingnya pula.
Comments