Asam pedas bendi sulung

Hasil tuaian pagi ini dapat la 2 biji bendi. Cukup ke utk masak asam pedas? Kalau bendi saiz biasa, memang tak cukup.  Tapi dengan bendi saiz panjang ini insyaAllah mencukupi. Hari ini saya masak asam pedas 3 ekor ikan kembung sahaja ditambah dengan 2 biji bendi ini. Bendi panjang ni saya kerat 3 setiapnya.

Resepi asam pedas seperti biasa tumbuk bawang besar, halia dan bawang putih. Tumis biar naik bau, masukkan cili boh ikut suka banyak mana ikut kepedasan yang dikehendaki. Masuk air asam gelugor dan sedikit asam keping, bendi dan ikan. Biar gelegak, tambah garam dan daun kesum. Siap!

Memang berbaloi tanam bendi panjang dan daun kesum ni, bila nak masak petik sahaja di laman rumah.

Comments