Roti daging a.k.a roti John

Roti John ini sangat sinonim dengan pasar Ramadhan. Saya jarang malah tak pernah singgah pasar Ramadhan semata-mata nak beli Roti John, kerana hasilnya tak sepadan. Lebih baik kita buat sendiri di rumah, puas makan.

Oleh kerana anak-anak memang sukakan roti ini, saya mencari resepi untuk dicuba sendiri di rumah. Alhamdulillah memang berbaloi, puas hati makan roti John buatan sendiri ni.

Secara asasnya roti ini hanya lah roti tempel dengan inti daging dan ditambah sayuran dan sos. Saya menggunakan kepingan roti sandwich Gardenia sahaja.
Jom kita cuba!


Bahan inti:
1 bawang besar dipotong dadu
1 bawang putih diracik halus
2 ketul isi sardin dihancurkan
100g daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar sos tiram
Daun bawang dihiris
Garam
Serbuk lada hitam
5biji telur
Hirisan lobak merah dan kubis
Sos cili/mayonis

Cara.membuat inti:
1. Tumis bawang biar wangi.
2. Masukkan rempah kari dan sos tiram. Kacau sebati.
3. Masukkan daging kisar, isi sardin. Biar daging masak.
4. Masukkan serbuk lada hitam, garam.
5. Angkat dan ketepikan
6. Pecahkan telur ke dalam inti, gaul rata dan masukkan daun bawang.

Cara membuat roti John:
1. Panaskan kuali non stick.
2. Ambil 2 sudu inti daging, ratakan.
3. Ambil sekeping roti dan tekap di atas inti tadi. Tekan sedikit supaya roti melekat pada inti.
4. Biar inti masak. Terbalikkan roti dan angkat.
5. Taburkan hirisan sayuran.
6. Tambah sos dan mayonis.
7. Lipat roti supaya senang dimakan.

Comments