Friday, July 3, 2015

  Popia pedas rangup

Tak sangka senang sangat rupanya buat popia pedas rangup ni. Pertama kali saya mencuba resepi ini, hasil carian di Internet.  Saya tak salin resepi sebiji-biji, sekadar meneliti bahan-bahan dan cara membuatnya. Kemudian saya guna kaedah 'try and error' bersama anak-anak di dapur.

Bahan-bahan :
Kulit popiah readymade beli di pasaraya
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili boh
4 sudu besar gula pasir

Cara membuatnya:

Sediakan dulu sos pedas. Kisar bawang, tumis biar wangi, masukkan cili boh, biar pecah minyak, kemudian masukkan gula. Biar gula larut. Angkat dan ketepikan sebentar.

1. Ambil sekeping kulit popiah dan gulung dengan menggunakan lidi supaya hasil gulungan padat. Gamkan dengan bancuhan tepung di bahagian hujung gulungan supaya ia melekat. Ulang sehingga habis sepeket kulit popiah tadi.
2. Guntingkan kulit popiah yang digulung tadi secara serong anggaran 1cm.
3. Gorengkan potongan kulit popiah ini sehingga garing. Angkat dan toskan.
4. Sira ke dalam sos pedas yang telah disediakan.
5. Siap!

Alhamdulillah seronok anak-anak saya buat popiah ini. Tak sampai 2 jam dah siap semuanya tunggu nak disimpan dalam bekas kedap udara sahaja.

Aktiviti ini boleh menarik minat anak-anak untuk turut serta di dapur, cuma perlu pengawasan ibu bapa kerana mereka menggunakan gunting untuk menggunting kulit popiah. 

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com