Grilled Lamb with vegetables

Jemu makan nasi? Anak-anak kurang gemar sayur? Jom kita cuba tukar ke selera western ini. Hidangan lengkap yang cukup menyelerakan dan berkhasiat. Mudah sahaja menyediakannya, cuma perlu sabar kerana ia perlu diperap terlebih dahulu.

Ok, jom tengok bahan-bahannya.

Perapan:
Potongan daging biri-biri ( cube boneless lamb)
Capsicum
Kentang
Lobak merah
Terung panjang
- sayuran dipotong kiub anggaran 1 inci
Bawang besar dibelah 4
Bawang putih diracik kasar
Sos tiram
Sos lada hitam
Sos/serbuk bbq
Garam
Madu

1. Perap selama beberapa jam. Lagi lama lagi sedap.
2. Panggang/grill dalam oven. Saya menggunakan periuk ajaib sahaja selama 15minit.
macam-macam warna
perap dulu sekurang-kurangnya 2 jam

Bahan sos:
1 bawang besar -potong dadu
4 sudu besar tepung gandum/tepung jagung
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
3 cawan atau lebih air
2 sudu besar mentega

Cara membuatnya:
1. Panaskan mentega. Tumis bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan lada hitam, tepung jagung. Tak perlu bancuh dengan air. Kacau supaya tak bergentel.
3. Masukkan air. Kacau sebati.
4. masukkan sos lada hitam, sos tiram. Kacau sebati.
5. Tambah garam secukup rasa.
Dah masak semua, saya kisar guna blender.


Boleh dihidangkan bersama spageti dan gravy (sos lada hitam).  Sedap macam makan kat kedai western!

Comments