Selamat Hari Guru buat semua pendidik

Sempena hari guru yang disambut pada 16 Mei ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Hari Guru' buat semua yang bergelar cikgu, pendidik, mualim, muallimah, murabbi, pensyarah dan yang seangkatan dengan gelaran tersebut.

Sungguh besar jasa guru, mendidik kita menjadi dewasa. Mengenal huruf dan segala. Tanpa kesabaran guru, mungkin kita tidak berada pada tahap sekarang ini.  Bermula seawal pendidik pra sekolah dan seterusnya hingga ke akhir hayat, kita sentiasa mengenang jasa guru.

Tugas pendidik bukan sekadar memindahkan ilmu dari buku kepada murid, malah tugas pendidik yang sebenarnya adalah mengubah pemikiran, akhlak dan peribadi murid ke tempat atau tahap yang sepatutnya sesuai dengan tujuan penciptaan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.  Pendidik sepatutnya berupaya membentuk peribadi murid supaya dekat dengan Pencipta.  Tugas pendidik ini semestinya terpikul di bahu ibu bapa, guru-guru yang terlibat secara langsung dalam pembentukan sahsiah murid.  Semua ini perlu dilakukan dengan sabar, tekun dan penuh hikmah.

Yang insan terpilih sahaja yang mampu melaksanakan tugas berat ini dengan baik!
Hargai dan hormatilah guru.

Permintaan tinggi terhadap kek lobak merah ini sinonim dengan sambutan hari guru saban tahun. (kenapa agaknya ye ;-))


Comments