Biasa makan mayonis? Kalau buat sandwich telur mesti taruk mayonis kan? Eh mahal juga mayonis tu ye? Kalau kat rumah saya ni mayonis tu sekejap aje dah habis sebotol. Maklumlah..anak-anak suka buat sandwich taruk mayonis, goreng telur dadar pun tambah mayonis.
Apakata kita cuba buat sendiri mayonis ni. Bukan susah sangat pun nak membuatnya, lebih terjamin kebersihan dan boleh dijadikan aktiviti bersama anak-anak di rumah.
Bahan-bahan : (untuk sebotol kecil)
Apakata kita cuba buat sendiri mayonis ni. Bukan susah sangat pun nak membuatnya, lebih terjamin kebersihan dan boleh dijadikan aktiviti bersama anak-anak di rumah.
Bahan-bahan : (untuk sebotol kecil)
- 2 biji telur
- 1/2 sk garam
- 2 sb jus lemon
- 1 sb gula halus
- 200 ml minyak sayuran
- Sediakan mixed bowl
- Pukul telur bersama garam, gula dan jus lemon sehingg kembang. Pukul lama sikit.
- Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga habis dan menjadi mayonis.
- Simpan di dalam bekas kedap udara dan sejukkan. Mayonis ini tidak ada bahan pengawet dan hanya boleh bertahan utk beberapa hari sahaja.
Jangan lupa ambil gambar mayonis yang sudah siap tu ye!
(saya tepek gambar ehsan dari google sbb terlupa nak snap gambar)
Comments