Ikan masak kicap taucu

Sudah agak lama juga saya tak masak kicap taucu. Hidangan mudah begini cepat disediakan dah memenuhi selera anak.
Kebiasaanya resepi ini sesuai untuk ikan tenggiri. Boleh juga menggunakan ikan tongkol atau ikan lain yang kurang bertulang.  Anak-anak menggemarinya kerana ikan kurang tulang dan berkuah kicap.

Jom tengok resepi saya versi campak-campak ni!

Bahan:
1 ekor ikan tongkol dipotong 4 - bersihkan dan rebus dengan garam dan asam keping. Toskan ikan.
1 labu bawang besar - bawang holland lagi sedap, dihiris membulat
1 ulas bawang putih -diketuk
1 sb taucu
Cili merah dan cili padi ikut tahap pedas yang disukai
Kicap secukupnya
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan taucu dan biar naik bau.
2. Masukkan cili yang dihiris.
3.  Masukkan air dan kicap. Tak perlu tambah garam kerana taucu sudah bergaram dan ikan rebus juga sudah bergaram.
4. Masukkan ikan. Gaul rata.
5. Tutup api. Hidangkan

Comments