Monday, April 20, 2015

  Rendang ayam sempoi

Kalau sebut menu rendang, mesti terbayangkan betapa rumit dan leceh dan lambatnya nak siapkan menu ni. Rasa macam mustahil nak sediakan rendang untuk hidangan lunch hari kerja. Rasa nak tunggu long weekend je baru mampu nak buat rendang ni.

Tapi saya dah tau macamana nak short cut buat rendang. Hehe...takde la short cut sangat pun. Kalau betul- betul short cut adalah dengan cara pergi beli kat kedai je la kan?
Ok jom tengok bahan dan cara sediakan rendang sempoi ni. Memang sempoi, gerenti anda berani nak hidangkan menu rendang untuk lunch. Suami pun terperanjat dapat makan rendang masakan sendiri ni!

Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 buah keras
1 inci halia
3 batang serai

Bahan lain:
1/2 ekor ayam potong kecil -bersihkan
2 sb serbuk kari
1 sb cili boh - ikut tahap kepedasan yg disukai
1 sb kerisik
2 c santan
Bunga lawang, kayu manis, pelaga serba 1
Minyak menumis
Garam secukup rasa
Gula melaka
1 asam keping

Cara:
1. Tumis bunga lawang, kayu manis, pelaga. Kemudian masukkan bahan kisar dan cili boh. Biar garing.
2. Bancuh serbuk kari dan masukkan ke dalam bahan tumis tadi.
3. Masukkan ayam. Kacau rata.
4. Masukkan santan. Kacau sesekala biar pekat.
5. Bila rendang hampir kering masukkan  gula melaka, kerisik,asam keping, garam.
6. Tabur hirisan daun kunyit atau limau purut.
Siap!
Sempoi kan?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com