Saturday, February 14, 2015

  Cranberry cheese bun lagi

Kali ini saya dah dapat sukatan yg tepat untuk doh dan inti cheese seperti mana yang saya inginkan. Alhamdulillah...hasil eksperimen berkali-kali di dapur!
Tak sabar nak kongsi kat sini. Untuk rujukan anak cucu pada masa depan juga hahaa...

Doh
500g tepung roti
1 peket yis kering 11g
1c susu segar
1/2 c gula kastor
3/4c mentega
1 biji telur
Cranberry kering jika ada. Gaulkan bersama tepung.

1. Panaskan susu, gula dan mentega hingga mentega mencair sahaja. Biarkan sejuk sedikit.
2. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung dan yis.
3. Tuang adunan mentega dan telur. Kacau rata.
4. Uli doh hingga elastik. Boleh uli dengan tangan atau mesin penguli. Kalau uli tangan, masukkan doh ke dalam plastik besar dan uli dengan cara tumbuk plastik tadi selama 20 minit.  Jika guna penguli, setkan masa 30minit.
5. Rehatkan doh sebentar. Sementara itu boleh lah sediakan inti cheese.

Inti cheese.
300g cream cheese
70g gula ising
1. Kacau adunan hingga rata dan lembut.
Saya timbang doh 28g setiapnya dan masukkan 1 sudu inti cheese tadi,  bentukkan bulat. Letakkan doh berisi inti tadi ke atas mangkuk kertas. Ulang hingga habis adunan dan doh. Susun bun atas dulang dan kemudian tindihkan dengan dulang lain supaya bun menjadi leper. Saya letakkan pemberat lesung batu supaya bun tidak naik tinggi waktu dibakar.  Biarkan bun kembang dalam 15 minit sebelum dibakar.
Adunan ini menghasilkan 34 biji bun. 
Mudah kan?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com