Paprik

Masakan paprik ini lengkap ada sayur dan protein. Saya suka menu begini, ringkas dan lengkap dan juga sedap!
Paprik saya ringkas dan mudah sahaja. Selalunya saya intai resepi paprik di Internet. Kemudian saya permudahkan mengikut cara saya, ada bahan yang boleh skip dan ada juga yang saya tambah ikut selera tekak.

Contohnya menu paprik ni, saya tambah jus lemon untuk lebih perisa Thai. Yang penting, hidangan tersebut senang disediakan menggunakan bahan-bahan yang biasa sedia ada di dapur saya.
Jom...cuba paprik versi saya ni...!

Bahan:
2 keping isi ayam bahagian dada. Potong kecil.
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sehiris halia
1 bawang besar (holland) potong panjang
Cili boh - ikut kepedasan disukai
1 sb sos tiram
1/2 sb kicap
Sayur kacang panjang
Lobak merah
Cauliflower
1 serai
1 sb jus lemon
Daun limau purut
Garam secukup rasa
Air secukupnya ikut suka nak kuah byk mana. Saya guna 1/2c air.

Cara:
1. Goreng sebentar ayam biar putih isinya. Angkat dan ketepikan.
2. Mayang bawang dan halia.
3. Tumis bawang dan halia biar naik bau. Ketuk serai dan masukkan.
4. Masuk cili boh. Kacau biar naik minyak.
5. Masuk sos tiram dan kicap. Tambah air sebanyak mana kuah yang disukai.
6. Masukkan isi ayam tadi, sayur-sayuran (mula dgn lobak).
7. Masukkan jus lemon, daun limau purut dan garam secukup rasa. Gaul rata.
8. Angkat dan hidangkan

Comments