Imran baru sahaja masuk usia 3 tahun pada disember 2013. Januari 2014 dia didaftarkan ke kelas 4 tahun Tadika Si Cilik Pintar. Alhamdulillah dia memang dah bersedia nak ke sekolah!
Imran dah lulus 'toilet trainning', dia sudah pandai minta izin nak ke bilik air sejak usia 2 tahun setengah lagi.
Di Tadika juga dia sangat seronok belajar walaupun hari pertama ke sekolah 'ada drama'. Hihi....biasalah bila dah lama bercuti duk kat rumah!
Sejak masuk sekolah ni, asyik yersasul panggil umi 'ticer'!
Waktu pagi bila umi suruh mandi nak pergi sekolah, imran akan jawab 'tak lah umi, ticer cakap cuti 2 hari'. Tiap-tiap hari ada cuti 2 hari. Haha...
Comments