Jamuan kesyukuran

Penutup 2013 kami sekeluarga buat majlis kesyukuran di kalangan ahli keluarga sebelah nenek di Petaling Jaya. Antara keluarga terlibat adalah adik beradik nenek iaitu Tok chik sekeluarga dan Tok Ngah sekeluarga bersama menantu.

Alhamdulillah bukan mudah nak kumpulkan semua ahli keluarga begini. Sesekali berjumpa dalam suasana yang penuh mahabbah sambil makan-makan dan mengeratkan silaturrahim.

Yang paling seronok adalah anak cucu, sebab mereka dapat main dan makan sepuas hati. Antara menu yang dihidangkan adalah kambing panggang, barbeque seafood, nasi goreng, makaroni, mushroom sup dan garlic bread, dessert, choc dessert, kek, muffin dan macam-macam lagi.

Bukan boleh buat makan-makan mewah macam ni selalu ye, lebih baik kita makan secara sederhana dan yang paling penting jangan membazir. Sesekali meraikan tetamu di samping merapatkan ukhuwwah sesama keluarga, apa salahnya. Kan?

Comments