Menu lengkap untuk berbuka dan sahur

Ramadhan adalah bulan istimewa yang tak patut kita sia-siakan. Ibu-ibu patut ambil peluang bulan ini untuk kurangkan aktiviti di dapur memasak an menyediakan makanan, sebaliknya sama-sama merebit pahala ganjaran ibadah dalam bulan mulia ini.
Saya sediakan senarai menu yang mudah dan lengkap supaya saya hanya sediakan satu menu sahaja, kurang masa penyediaan. Antara menu yang sering menjadi pilihan saya adalah nasi maglubah ini. Nampak macam renyah membuatnya, tapi percayalah masa memasak nasi ini jauh lebih cepat dari menyediakan nasi dan lauk pauk yang lain. Menu ini lengkap ada nasi, lauk, sayur dan sesuai untuk semua peringkat usia. Jadi saya tak perlu sediakan menu lain untuk anak kecil.
Lebih seronok lagi menu ini juga sesuai untuk berbuka dan bersahur. Paling sesuai dihidangkan di dalam talam atau dulang untuk dimakan secara berjemaah.

ruz maglubah ayam

Comments