Usia berapa nak mula puasa?

Anak-anak seawal umur 2 tahun boleh diajar berpuasa. Bukan berpuasa penuh seperti orang dewasa tapi diajar adab menghormati bulan puasa. Antaranya adab supaya tidak makan di depan abang yang sedang puasa, makan bersama waktu berbuka, kurangkan kekerapan makan dan seumpamanya.
Saya sebenarnya kurang bersetuju dengan ajaran sesetengah ibubapa yang memaksa anak di bawah umur 7 tahun berpuasa. Malah Islam sendiri tiada garis panduan khusus tentang bila usia anak diajar berpuasa. Ada hadith yang menyuruh kita ajar anak solat sejak usia 7 tahun, rotan jika tak solat bila usia 10 tahun; tapi tidak disebut tentang puasa.

Hikmah yang tersembunyi disebalik ajaran tersebut adalah supaya kita memberatkan tanggungjawab anak supaya bersolat sejak awal usia 7 tahun mudah- mudahan dengan solat ini anak akan mudah melaksanakan tanggungjawab puasa. Yakinlah bahawa anak yang bersolat dan mengambil berat urusan solat sudah pasti akan mudah untuk berpuasa.

Imran pun puasa tau! Selamat berbuka ye!

Comments