Ramadhan bulan berkat, bulan istimewa di mana semua amalan dilipatgandakan. Pahala amalan sunat seperti mengerjakan amalan fardhu, manakala amalan fardhu akan digandakan sehingga 700 kali ganda.
Tak mahukah kita merebut peluang ini? Tak sudikah kita menerima pelawaan Allah ini? Relakah kita membiarkan tawaran berganda ini dibiarkan berlalu begitu sahaja? Seperti kata ulama....hanya orang bodoh sahaja yang sanggup membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.
Tawaran 'jualan murah' atau 'sale' pun hebat juga sedang berlangsung sekarang sepanjang Ramadhan dengan tawaran 70% diskaun, 80% diskaun, 'beli 1 percuma 1' dan sebagainya. Terliur juga hati mendengar tawaran hebat sebegini.
Namun tawaran yang Allah bagi jauh lebih hebat. Sehingga 700%! Malah Allah membuka 'bazar' Ramadhan dengan menawarkan Syurga untuk dibayar dengan harta dan jiwa. Pesan ulama lagi ' jangan terlewat datang dan jangan salah datang'
Antara pengisian waktu yang boleh dimanfaatkan adalah dengan tadarus al-Quran bersama ahli keluarga. Kami pun baru sahaja menghidupkan amalan sebegini, perlahan-lahan mengikut rentak anak-anak. Ada yang masih menggagap baca, merangkak-rangkak sambil membetulkan tajwid mereka. Alhamdulillah amalan mudah begini hanya mengambil masa sekitar 30-45 minit sahaja namun memberi kesan yang sangat terkesan di hati.
|
lepas sahur |
|
kadang buat lepas solat Subuh |
|
petang hari selepas Asar |
Comments