Rotiboy

Resepi dari My Mum Bakery. Dah lama tak meroti, wajib cuba nih!

Utk 14 biji

Bahan2
... Inti
200 gm mentega
1/2 sudu teh esen vanilla
70 gm gula perang

Cara2
1. Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
2. Masukkan esen & gula perang. Pukul sebati. Ketepikan

Topping
100gm mentega
80 gm gula aising @ gula yg dh d blend
2 biji telur gred B
1 sudu besar nescafe dicampur 1/2 sdb air panas
100 gm tepung gandum - ayak

Cara2
1. Putar mentega medium speed selama 5 minit.
2. Masukkan telur, gula aising dan bancuhan Nescafe (bubuh semua air Nescafe tu tau, baru menggoda aroma dia).
3. Masukkn tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Ketepikan

Doh Roti
500 gm tepung berprotein tinggi (tepung roti)- diayak
1 sudu kecil bread improver + 1 sudu kecil bread softener
75 gm gula kastor
3 sudu teh yis kering
1 sudu teh garam
1 biji telur dipukul - guna garfu je
* Klau xde bread softener @ improver bleh gantikan ngn shortening
250 ml susu segar (klau xde, susu cair @ susu tepung yg dibancuh ngn air pn bleh)
60 gm mentega

Cara2
1. Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk. Masukkan yis, bread improver dan softener. Gaul rata.
2. Masukkan telur & susu segar. Gaul rata & mula uli doh
3. Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh kenyal dan tidak melekat di tangan selama 10- 15 minit @ hingga licin..
4. Rehatkn doh biar kembang. Pastu bahagikan doh ikut besar mana yg dikehendaki. Bulat2kn
5. Amik sebiji doh (dr Langkah 4) & leperkan ckit. Pastu masukkn inti dia. Tutup inti @ sealkn doh td
. Susun doh yg telah dibubuh inti di atas loyang pembakar yang telah digris dengan mentega. Jarakkan 1 1/2 inci antara satu sama lain.
7. Rehatkan selama 45 minit di tmpt yg berhaba. Tutup bekas dan tutup lagi dgn tuala@ kain yg bersih supaya doh dapat haba..
8. Selepas 45 minit, paipkan topping di atas roti yg telah kembang tu
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 15 minit atau bun keperangan. Letakkn loyang pd tingkat yg kedua @ tengah2.. SIAP!! enjoyyy!!

Comments