Thursday, April 18, 2013

  Peminat pink tegar


Syifa' dikenali sebagai kak Teh (sebab dia putih), Syakirah pula Kak Chik (sebab badan kecik).
Suatu pagi di rumah... suasana 'cafe maya' ciptaan kak Teh bersama kak Chik.

Kak Teh: Ya encik, nak order apa?
Abg Uda: bagi saya nasi lemak dengan kopi O satu.
Kak Teh: makcik ni nak makan apa?
Kak chik: mama nak order mee bandung, air sirap bandung dengan roti bandung.
Kak Teh: saya tak tau macamana nak buat roti bandung... Umi! (jerit panggil umi pulak..)
Umi : roti bandung tu macamana kak Chik, umi tak pernah buat lagi roti bandung ni
Kak chik: ala... yang roti warna pink tu.., umi buat la roti pink untuk kakak..!
Kak Teh: oooo..yang pink tu ye?

Umi puas duk fikir, pernah ke umi buat roti warna pink?hm...kena korek balik gambar roti dalam koleksi.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com