Chicken Stock Homemade

Terfikir nak buat stok ayam sendiri? Cari-cari resepi jumpa resepi ini di FB.  Jom cuba!

Sumber: Ustazah Wan Habsah
 RESEPI BUAT AIR STOK.
Suka menggunakan STOK Ayam / Stok Tulang dalam amasakan anda? Anda ragu-ragu dengan sumber-sumber STOK yang ada di pasaran. Dari MANA dan bagaimana haiwan itu disembelih menjadi tandatanya. Siapa yang menyediakannya?. Jika anda ragu-ragu/ syubhah apakata buat sendiri air stok anda. Hidup tanpa makanan HARAM dan Syubhah adalah lebih menyakinkan.
Di sini Ustazah Cooking Classes nak kongsi cara mudah buat air stok sendiri. Jom masak tanpa Syubhah! CEPAT LAZAT BERKAHSIAT JIMAT LAGI BERKAT : Motto Kami.
Ingin melihat cara secara real boleh datang ke BENGKEL USTAZAH.
RESEPI PENYEDIAAN AIR STOK USTAZAH
Bahan-bahannya :
Tulang Ayam/ tulang Lembu/ Leher atau Kaki Ayam
Air secukupnya
Halia 2 inci diketuk-ketuk
2 biji bawang besar dipotong 4
2 ulas bawang putih dimayam
Kayu manis 2
Buah pelaga 3
2 sudu garam
2 biji Tomato di potong 6
2-4 biji kentang potong 4
4 helai Daun bay.
Akar-akar : spt akar daun ketumbar, akar daun pudina, akar daun sup dibasuh bersih
Kulit carot yang dikupas.
3 sudu serbul lada putih/ lada hitam.
Cara-cara :
Semua Bahan di atas di rebus. Tapis semua bahan dan ambil airnya sahaja. Guna untuk memasak atau disimpan di dalam freezer.
Sebaik-baiknya direbus dengan api yang kecil 5 jam. Jika anda ingin simpan lama di dalam freezer. Bungkus 1 plastik 1 plastik. Senang bila nak guna keluarkan sahaja dan panaskan.
Boleh juga direbus hanya sejam sekiranya ingin terus digunakan.
SELAMAT MEMASAK DENGAN PUASHATI..CEPAT LAZAT BERKHASIAT JIMAT LAGI 

Comments