Sejak masuk umur 2 tahun ni Imran sudah pandai menyebut 2 perkataan secara penuh seperti 'nak air', 'jom mandi' dan beberapa perkataan lagi.
Dia ada satu tabiat pelik, waktu malam lebih suka tanpa diaper. Cuma saya kena pantas angkat dia ke tandas sebaik sahaja dia bangun dari tidur, jangan lewat walau 10 saat! Kalau lewat, nahaslah dia kencing kat tilam. Kadang dah sampai depan pintu bilik air pun boleh terlepas juga!
Sebenarnya sejak usia 1 tahun 10 bulan Imran sudah praktis tak pakai diaper. Agaknya dia rasa rimas dan panas. Untunglah waktu cuti tempohari kakak Syaima ada tolong tengokkan Imran, saya tak hantar dia ke taska sepanjang cuti sekolah baru-baru ini. Tiap kali nampak dia terdiam atau kurang aktif secara tiba-tiba, cepat-cepat abang Azzam bawa dia ke tandas. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang terbolos juga haha..
Biasalah..nak masuk usia 2 tahun saya dah ajarkan anak-anak tak pakai diaper. tapi mereka ni biasanya lulus tanpa diaper sepenuhnya waktu berusia 2 tahun 6 bulan. Yang paling awal lulus tanpa diaper ialah Ammar iaitu pada usia 2 tahun 1 bulan. Imran mungkin sedang berusaha nak pecahkan rekod abang Ammar nampaknya!
Cuma satu kemusykilan yang masih belum terjawab sehingga ke hari ini ialah 'penyakit sudu', Imran suka sangat pegang sudu. Ke mana sahaja dia pergi mesti bawa sudu; ke majlis kahwin pun bawa sudu, ikut shopping kat Giant pun bawa sudu, tidur pun bawa sudu!
Dia dah pegang sudu tu sejak tarikh 11 Disember 2012! Waktu tidur dia akan letakkan sudu tersebut kat sebelah, jangan sesiapa pandai-pandai nak alihkan sudu tu. Bangun tidur mesti cari sudu!
Sehingga hari ni (9 Jan 2012) masih bawa sudu tu ke mana sahaja dia pergi.
Pernah abang-abang cuba sorokkan sudu dan tukarkan dengan objek lain....tak berjaya! Tetap sudu itu juga yang dicarinya. Hairan sungguh dengan perangai baru Imran ni....

Comments