Saturday, January 5, 2013

  Lasagna - sedap, ringkas, mengenyangkan!

Kegemaran seluruh isi rumah, sekali hadap memang tak cukup satu bekas ni..

Resepi saya ringkas sahaja menggunakan sos spageti perisa tradisional Kimball. 3 bahan utama dalam membuat lasagna iaitu filling, sos putih dan kepingan lasagna.

Kalau hari yang agak kelam kabut tak sempat nak siapkan lunch, atau ada tetamu yang datang mengejut; memang sesuai hidangkan lasagna ni.  Sebab itu di rumah saya sentiasa ada stok kepingan lasagna dan sos spageti.

Jom kita buat lasagna hari ni!

Bahan:
kepingan lasagna secukupnya - saya guna lasagna segera tak perlu direbus terlebih dahulu
mozarrella cheese - untuk topping
1 sos spageti perisa tradisional
400g daging hancur (minced beef)
1 batang lobak merah - dadukan
1 labu bawang besar - dadukan
2 ulas bawang putih - diketuk
secubit garam

Cara menyediakan filling:
1. Tumis bawang putih biar naik bau. Masukkan bawang besar, biar agak garing.
2. Masukkan isi daging cincang, lobak merah. Masak sebentar biar daging masak.
3. Tuangkan sos spageti dan masukkan secubit garam.
4. Biar kuah agak pekat, matikan api dan boleh diangkat. Ketepikan sebentar

Bahan sos putih:
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 c susu segar
1/2 c cheddar cheese

Cara membuat sos putih:
1. Sebatikan susu dan tepung.
2. Kacau di atas api perlahan. Masukkan mentega. Biar sos agak pekat.
3. Masukkan cheddar cheese. Kacau biar sos masak rata. Tutup api. Angkat dan ketepikan.

Cara melapis lasagna:
1. Ambil dulang kaca atau bekas tahan panas yang sesuai.
2. Tuang sedikit bahan filling dan ratakan dalam bekas kaca tadi.
3. Lapiskan dengan kepingan lasagna sehingga menutupi keseluruhan permukaan filling tadi.
4. Tuangkan pula sedikit sos putih.
5. Ulang langkah 2-4 sebanyak 4 kali untuk mendapatkan 4 lapis lasagna.  Boleh juga jika nak buat lebih dai 4 lapis (terpulang pada ketinggian bekas kaca tersebut).
6. Taburkan mozarella cheese di bahagian atas lasagna tadi.
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanasakan terlebih dahulu pada sushu 170C selama 40 minit atau bahagian atas cheese mencair dan masak.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




3 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com