Memang dah lama saya mencari resepi seri muka yang sedap. Dah pernah buat kuih ni dulu, kali ni nak cuba resepi yang baru jumpa kat blog ismabaitiza
Tapi macam biasa, saya ubahsuai mengikut selera. Innovative namanya tu hihi...
Resepi salin dari blog ismabaitiza, minta izin ye.
Tapi macam biasa, saya ubahsuai mengikut selera. Innovative namanya tu hihi...
Resepi salin dari blog ismabaitiza, minta izin ye.
Lapisan Bawah:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan(x pekat)
sedikit garam
Lapisan Atas:
5 biji telur ayam
1 1/4 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
2 sdb tepung gandum
1 cawan air daun pandan + pewarna hijau
secubit garam
Cara:
1.Untuk lapisan bawah,bersihkan
pulut dan toskan.kemudian masukkan ke dalam loyang bersama santan serta
sedikit garam,dan kukus hingga masak.
2.Tekan pulut yang sudah dimasak di dalam loyang hingga padat dan ketepikan.
3.Untuk
lapisan atas,campurkan kesemua bahan ke dalam satu bekas,kemudian kacau
hingga sebati sebelum ditapis dan dituangkan ke atas pulut.
4.Kukus
sekali lagi hingga lapisan atas masak,kemudian bakar dalam ketuhar
dengan menggnakan api atas sahaja pada suhu 120 darjah celcius selama
5-10 minit.
5.Bila sudah siap,biarkan sejuk baru potong dan hidangkan...
sedap...boleh buat lagi |
dan lagi...dan lagi... |
Comments