Puding Roti Perancis

Sesekali bertukar angin...ke Perancis!
Biasaya saya buat puding roti menggunakan lebihan kepingan roti putih, kali ni nak cuba guna roti Perancis pula. Nampak idea bernas ni di dapur kakida 1001resepi, apalagi jom kita ke Perancis!


Untuk versi asal, sila ke dapur kakida, resepi di bawah ni saya olah sikit mengikut bahan yang ada di kabinet dapur saya.
Bahan-bahan:
1 french loaf - potong serong
250ml heavy cream - saya guna whipping cream non dairy
1 c susu segar
3/4 c gula kastor
6 biji telur
1 st esen vanila
2 c buah koktel - saya ganti dengan 1/2 c kismis

Cara membuatnya:
1. Potong roti anggaran 1 inci panjang  dan ketepikan sebentar
2. Ambil mangkuk besar, sebatikan telur dan gula hingga hancur
3. Masukkan cream, susu dan esen vanila. Kacau biar sebati.
4. Rendamkan roti yang dipotong tadi ke dalam mangkuk berisi adunan susu tadi.
5. Tambahkan buah koktel/ kismis jika suka
6. Tuang adunan tadi ke dalam loyang yang telah digris
7. Taburkan sedikit mentega ke atas adunan puding.
8. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan. bakar selama 40 minit atau sehingga puding masak.

Saya curahkan sos kastard ke atas puding roti untuk rasa yang lebih yummy!
Ohhh..boleh buat lagi puding ni, memang sangat sedap!


Comments

AZLINA said…
Assalamualaikum Nor, ptg2 gini buat meleleh air liur je tengok puding tu..sedapnya....
Camne dgn baby nor, dah sihat ke? cian dia kecik sgt lg dah kena chicken pox. anak akak pulak after dah tenyeh daun semambu kat bdn baru nampak dah kering semuanya, tp jenuh jugak nak tempek tu kena kejar dulu budak ni.. :))
Nor said…
Azlina: salam kak..Alhmadulillah dah kering chicken fox anak saya, cuma parut jgn cakap la..penuh satu badan!