Pemakanan ibu dan anak ekzema

Seorang ibu bernama Liza dari Ampang menelefon saya minggu lepas. bertanyakan supplement yang sesuai untuk anaknya yang alami ekzema. Saya tanya beberapa soalan mengenai anaknya; umur, masih menyusu atau tidak dan sebagainya.  Banyak kali juga saya diajukan persoalan yang hampir serupa; kebiasaannya anak ekzema berpunca dari pemakanan.  Oleh itu disarankan supaya si ibu menjaga pemakanan, elakkan makanan yang boleh cetuskan allergi anak seperti seafood, telur, ayam dan seumpamanya.  Malangnya ramai yang  mengambil kesimpulan untuk berhentikan penyusuan susu ibu apabila mendapati anaknya ekzema.

Persoalannya: adakah susu ibu sudah tidak selamat untuk anak yang ekzema? Kena ganti dengan susu formula (susu lembu) yang lebih terjamin selamat? Hmm...saya bukan doktor kanak-kanak yang layak menjawab soalan tersebut.  Cuma dari pembacaan dan pemahaman serta pengalaman saya sebagai ibu yang menyusukan 12 anak (termasuk anak susuan), saya yakin bahawa susu ibu adalah susu terbaik untuk anak; walaupun si anak alami allergi dan ekzema!

Berbalik kepada soalan Puan Liza tadi, sebenarnya saya pun alami dilema juga apabila ada suara-suara 'tak diundang' yang mencadangkan supaya saya berhentikan penyusuan anak, maklumlah kadang kita sendiri tak jaga pemakanan; anak yang menanggung akibat kecuaian kita. memang tak dinafikan susu ibu dipengaruhi oleh pemakanan si ibu. Oleh itu si ibu perlu menjaga pemakanan, makan yang berkhasiat sahaja dan elakkan makanan yang tak sesuai untuk anak (allergi, kembung perut dan sebagainya).  tapi tahukah anda bahawa susu ibu tetap berkhasiat walaupun si ibu tidak mendapat bekalan makanan berkhasiat secukupnya? Buktinya ibu-ibu di Somalia yang sedang alami kebuluran dan kekurangan zat nutrisi, namun mereka masih mampu menyusukan anak.


Untuk anak yang alami ekzema, kita perlu bantu anak tersebut kuatkan sistem pertahanan badannya. Jika si anak masih menyusu, lebih mudah lagi sebab si ibu boleh amalkan supplement seperti Omegaguard yang bantu kuatkan sistem antibodi anak. Semestinya si ibu perlu kawal pemakanan, elakkan makanan yang memudaratkan anak. Bersabarlah, bertahan dan kuatkan hati demi anak tersayang. InsyaAllah bila dah besar anak tu badan dia semakin kuat, nanti hilanglah allergi dan ekzema.  Apa salahnya kita sekat pemakanan kita demi memastikan anak dapat membesar dengan sihat.  Lagipun banyak lagi makanan lain yang si ibu boleh makan selain makanan yang mudarat tu. Tak rugi pun tak makan seafood semua tu, kan?

Saya amalkan Omegaguard di samping vitamin asas yang lain seperti Vitamin C, B complex dan Vitalea. Untuk kesihatan anak dan ibu juga!

Sekarang saya sedang berusaha amalkan NutriFeron untuk kuatkan sistem antibodi anak. Saya beri pada Imran juga Nutriferon ni. InsyaAllah akan saya kongsikan testimoni dalam entry akan datang.

Comments