Harga Vs Kualiti - apa pilihan anda?

Lumrah hidup zaman sekarang ni tiada yang percuma. Minum air sudah tentu kena bayar, buang air pun kena bayar juga!
Masyarakat yang tinggal di bandar kadang-kadang jadi lebih miskin daripada mereka yang tinggal di kampung. Serba serbi nak kena bayar, tol, cukai pintu, pucuk paku kena beli dan sebagainya. Sebab itu pendapatan RM3000 di bandar belum tentu semewah orang yang berpendapatan RM1000 tapi tinggal di kampung.

Orang di bandar ni pula kebanyakannya berpelajaran. Sudah tentu mereka akan pilih yang terbaik untuk keselesaan diri dan keluarga. Lampin pakai-buang anak mesti pilih yang berjenama, yang diperbuat daripada bahan berkualiti supaya anak tak alami ruam lampin. Disposal sanitary (wanita) pula mesti pilih dari kualiti yang setaraf, sebaiknya yang berjenama, bahan berkualiti, ada 'sayap', tak mungkin wanita di bandar ni pakai sanitary pad yang entah-apa-apa jenamanya.

Begitu juga dengan pemilihan makanan, rata-rata penduduk bandar ni sangat prihatin dengan makanan berkhasiat, tak pilih yang tinggi kolesterol, berlemak dan tak berkhasiat tu. Sebab itu bila masak kari, kita guna santan rendah lemak atau susu menggantikan santan kelapa yang kononnya tinggi kolesterol. Minyak masak pula pilih yang rendah kolesterol, minyak jagung atau minyak bunga matahari. Minyak masak tak berjenama memang tak masuk senarai!

Masyarakat di bandar juga sangat pentingkan pengambilan vitamin atau supplement.  Maklum ajelah, tinggal di bandar ni penuh dengan pencemaran udara, pencemaran air, jerebu, penyakit berjangkit, kurang makan sayuran segar dan sebagainya. Tapi bagaimana dengan pemilihan makanan tambahan atau supplement? Adakah anda masih memilih vitamin yang murah, tak kesah jenama apa pun, yang penting halal dan murah? Owh...sedih sangat mengenangkan sesetengah ibubapa sengaja pilih vitamin murahan, vitamin sintetik  untuk diberi kepada anak-anak, dengan harapan anaknya akan lebih sihat dan kekal bertenaga untuk menghadapi cabaran seharian. 

Jika kita mampu belikan anak barang mainan berjenama, pakaikan anak dengan pakaian berjenama, beli disposal pad yang berkualiti; maka kenapa kita tak sanggup keluarkan sedikit modal untuk membeli supplement yang berkualiti sebagai pelaburan kesihatan?

Pilihan di tangan kita semua. Antara kualiti dan harga, anda bebas membuat pilihan.  Bagi saya, saya pilih kedua-duanya harga dan kualiti.  Jika saya mampu pilih makanan yang baik, sudah tentu saya tak akan berkompromi memilih vitamin tak berkualiti untuk kesihatan keluarga saya.

Saya dah jumpa supplement yang berkualiti dengan harga mampu milik. Nak tahu bagaimana memilih vitamin yang semulajadi, berkualiti, tanpa kesan sampingan dengan harga yang mampu dimiliki? Hubungi saya untuk konsultasi percuma.

Comments