Sejak 2-3 malam kebelakangan ini saya susah nak tidur lena. Balik terawikh sekitar 11 malam sepatutnya tak ada masalah nak tidur sebab memang sudah amat mengantuk. Tapi bila lelap sekejap lagi terjaga rasa macam tersentak, langsung tak lena tidur. Akibatnya saya susah nak bangkit sahur. Walaupun dah set alarm pukul 4.30 pagi, tapi hampir pukul 5 pagi juga baru saya terjaga. Wahh..kelam kabut nak siapkan sahur! Hasilnya memang bangun sahur semata-mata untuk bersahur, tak sempat nak solat apa dah...
Saya terfikir kenapa agaknya saya jadi macam tu...2-3 hari lepas memang saya sakit kaki dan lenguh-lenguh sebab melayan Imran yang sudah agak 'immune' dengan persekitaran surau tempat kami berterawikh. Awal-awal dulu waktu kami bawa dia ikut berterawikh, memang dia sangat 'supportive' tak mengganggu saya solat. Akhir-akhir ni dia dah mula agak agresif, bukan setakat berlari ke sana-sini lagi malah dah mula berani berjalan keluar kawasan surau. Itu yang menyebabkan saya terpaksa berhenti awal solat terawikh, ikut aje ke mana Imran nak berjalan. Aduh...penat juga kaki ni tambah pula saya memang alah dengan lantai simen. Kalau di rumah memang saya akan memakai alas kaki sepanjang masa.
Semalam lagilah haru, memang tak boleh nak dilupakan pengalaman menapak kaki sejauh hampir 3km nak cari Kedutaan Jepun huhu....dalam panas terik, puasa pulak tu! Patutlah saya susah nak tidur bila kaki dah terlalu penat.
Saya tahu saya perlu buat sesuatu!
Malam tadi selepas moreh di surau saya terus balik ke rumah. Sebelum tidur telan Ostematrix dulu... Alhamdulillah malam tadi dapat tidur lena, lenguh kaki pun dah tak terasa lagi dan saya terjaga beberapa detik sebelum alarm berbunyi! Syukur ya Allah...malam tadi malam ke -21 Ramadhan, mudah-mudahan Allah izinkan kita bertemu malam Lailatul Qadar tahun ini.
InsyaAllah saya akan konsisten ambil Ostematrix sebelum tidur. Tak mahu lagi terlewat bangun akibat susah nak tidur atau lenguh-lenguh kaki. Patutlah orang tua dulu-dulu selalu pesan supaya minum susu sebelum tidur, rupanya kalsium memang perlu untuk tidur yang lena.

Comments