Thursday, August 2, 2012

  Nikmatnya bersahur!

Petikan dari majalah Gen-Q (sambil mencuba aplikasi baru isntall ni hihi...)
Hadith nabi s.a.w yg bermaksud : Makan sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun salah seorang dalam kalangan kamu hanya minum seteguk air.  Sesungguhnya, Allah dan para malaikatNya berselawat (rahmat daripada Allah s.w.t dan doa memohon pengampunan daripada malaikat atas ) mereka yang bersahur. - hadith riwayat Ahmad
Tips bersahur:
1. Minum air masak atau air mineral secukupnya. Kadang tak daya juga nak minum air banyak, jadi saya ambil Performance Drink
2. Makan sayur atau buah 1-2 hidangan
3. Elakkan pengambilan gula yang tinggi. Tak perlu minuman manis teh milo semua. Jimat masa membancuh air.
4. Kurangkan makanan berminyak dan berempah.
5. Kurangkan minuman cafein, bersoda,ais. Ya, kami minum Performance Drink tanpa gula
6. Berus gigi lepas sahur.
7. Amalkan senaman ringan. Ringan-ringankan tangan tolong basuh pinggan mangkuk, sidaikan kain di ampaian pun sebahagian daripada senaman, kan?
8. Tidur atau rehat secukupnya. Elok tidur sebentar sebelum waktu zohor. Jangan terlebih tidur sebab nanti kita akan rasa penat dan mengantuk semula.
Untuk sahur kami tak tinggalakan minum air Performance Drink, alhamdulillah badan tak rasa lesu, tak rasa kering walau berpuasa.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com