Blueberry peach tart

Resepi reka sendiri...hasil operasi selongkar fridge pagi tadi. Berani nak cuba? Ni resepi spontan saya:
Filling:
300g cream cheese
100g gula ising
150ml whipping cream
Buah peach, blueberry
Hirisan badam
Cara membuatnya:
1. Sediakan tart shell -guna resepi bluberry cheese tart
2. Bakar tart shell separuh masak iaitu anggaran 20 minit
3. Putar cream cheese bersama ising hingga lembut. Masukkan whipping cream dan putar lagi.
4. Letakkan filling cream cheese atas tart shell, atur hirisan buah. Oh ya saya letak hirisan buah aprikot juga (jumpa 2 biji aprikot dalam fridge)
5. Taburkan buah blueberry segar. Tabur juga hirisan badam sebagai hiasan.
6. Bakar semula ke dalam oven kira kira 30-40 min hingga tart masak.
Boleh juga buat menu berbuka ni!


buat 2 loyang

filling

Comments