Tips sahur dengan menu ringkas yang hebat!

Alhamdulillah sudah masuk hari ke-4 kita berpuasa hari ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya.  Tentu ibu-ibu sibuk memikirkan menu untuk berbuka dan bersahur kan? Rasa saya menu berbuka tak menjadi masalah, yang agak kritikal ialah menyediakan menu sahur, terutama untuk anak-anak yang cerewet nak makan.  Nanti saya akan kongsikan resepi atau menu mudah untuk sahur anak-anak.  Kali ini saya nak kongsi tips sahur.  Saya percaya tentu anda juga ada petua tips tertentu untuk memastikan kita dapat bersahur dengan selesa, dapat sediakan menu yang ringkas tapi mengenyangkan.  Saya nak kongsikan sedikit tips bagaimana menyediakan menu ringkas (malah terlalu ringkas agaknya hihi..) namun berupaya membekalkan tenaga berterusan sepanjang siang hari berpuasa.

Mudah saja resepi saya iaitu:
1 sudu besar ESP
4-5 biji kurma (buang biji ye)
1 cawan susu segar
sedikit air suam/kosong

Cara membuatnya:
1. Kisar semua bahan tadi di dalam pengisar
2. Tuang hasill yg dikisar tadi ke dalam gelas yang sesuai.
3. Tambah sedikit aiskrim, serbuk milo atau apa saja yang anda suka sebagai topping. Sangat sedap!

Kenapa ESP (Energizing Soy Protein)?
  • Ia merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian,
  • Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol
  • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
  • ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  • Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm)
  • Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
  • Paling penting ia tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet,
  • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga

Penting untuk kita mengambil sahur yang rendah indeks glisemik (seperti ESP) kerana penyerapan glukosa dalam darah secara perlahan-lahan akan menstabilkan kandungan gula dalam darah, menjadikan kita bertenaga sepanjang hari.  Berbeza dengan makanan yang berindeks glisemik tinggi, seperti nasi, coklat, gula pasir kerana glukos terserap masuk ke dalam darah dgn kadar yang cepat dan menurun juga dengan kadar yang cepat. Kandungan glukosa yg tinggi ini menjadikan kita sangat bertenaga, sangat teruja tetapi sebaik shj paras glukosa turun, kita menjadi sangat lemah, lapar, lesu tidak bermaya.
Owhh..patutlah saya jadi 'lemau' kalau bersahur dengan nasi!
Jom bersahur dengan ESP!

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/tempahan.

Comments