Siapa perlukan vitamin C?

Vitamin C mudah didapati dalam kebanyakan buah dan sayuran. Malangnya kebanyakan kita agak keberatan nak makan sayur dan buah. Kalau makan sayur pun mungkin telah musnah vitamin C akibat dimasak terlalu lama atau buah yang kita makan tadi telah terdedah kepada persekitaran beberapa jam sebelum dimakan.

Tanda kekurangan
Jika anda kekurangan vitamin C, biasanya akan nampak simptom seperti berikut:
  • rambut kering
  • gusi mudah berdarah
  • mudah lebam
  • mudah penat
  • mudah stress
  • kurang selera makan
  • kulit kering, kasar, bersisik
  • luka lambat pulih

Jika anda biarkan simptom ini berlarutan, anda mungkin akan alami scurvy iaitu kekurangan vitamin C.

Siapa perlukan?
Anda sangat-sangat memerlukan vitamin C jika anda:
  • merokok - asap rokok memusnahkan vitamin C dengan cepat. perlukan vitamin C untuk membersih darah daripada logam berat dan untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang
  • hidup di kalangan perokok - kajian menunjukkan perokok pasif (seperti kebanyakan kita) memerlukan lebih banyak vitamin C
  • pesakit kencing manis - perlukan vitamin C untuk menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah darah daripada menjadi keras bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat
  • mengalami allergi atau asthma 
  • demam atau selsema - sistem imunisasi badan perlukan vitamin C dengan banyak untuk melawan jangkitan kuman/bakteria
  • menjalani pembedahan - untuk cepat baik pulih luka dan melawan jangkitan kuman
  • mengalami 'stress' fizikal atau mental - vitamin C termusnah akibat 'stress'
  • warga tua - terutama jika anda juga amalkan ubat-ubatan lain
  • mengandung atau menyusukan anak - vitamin C banyak disalurkan kepada anak
  • mengambil pil perancang, antibiotik - ubatan ini boleh memusnahkan vitamin C
  • mengambil alkohol - alkohol memusnahkan vitamin C

Kesimpulannya kita perlu mengambil vitamin C setiap hari kerana vitamin C perlu untuk pembinaan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita mengalami masalah kulit, kulit cepat kendur dan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

Oleh itu ambillah vitamin C untuk kesihatan, tingkatkan sistem imunisasi tubuh dan untuk kecantikan
Ingat : vitamin C untuk CANTIK!

Comments

Thanks untuk info berguna ini. Lepas ini kena pastikan ambil vitamin C setiap hari. Susah betul nak istiqamah...