Renungan Rabu (tanpa gambar)

Hidayah itu ibarat air hujan yang turun ke bumi.  Ada 3 jenis tanah iaitu
  • tanah cerun yg tidak dapat menakung air dan hujan lalu begitu sahaja. 
  • tanah keras di mana air bertakung tetapi tidak meresap ke dalam tanah. 
  • tanah gembur yang dapat menyerap air hujan, menjadi subur dengan turunnya hujan tadi serta dapat menumbuhkan pokok yg memberi manfaat kepada makhluk.

Hati manusia ibarat tanah, ada yang mudah menerima hidayah, ada yang keras. Ada yang hari-hari mendengar tazkirah pun tapi tak masuk ke dalam hatinya. Kadang kala ia hidup di kalangan orang baik-baik, tetapi disebabkan kekerasan hatinya, sinar hidayah tak dapat menembusi hati. Ada juga yang rajin mendengar tazkirah dan peringatan serta rajin pula menyampaikan kepada orang lain, malangnya diri sendiri masih di takuk lama.
Sebab itu kita perlu sediakan hati yang lembut dan subur supaya hidayah mudah meresap ke dalam hati.

Bagaimana nak sediakan hati yang subur, lembut dan hidup ini? Perbanyakkan zikir mengingati Allah dan baca Al-Quran.

Comments